Tips Pemakanan Ibu Hamil Ketika Hari Raya

Makan Alas Perut

Apa yang harus dimakan oleh ibu hamil dipagi raya ialah makanan alas perut seperti buah-buahan seperti limau, epal hijau, kiwi dan sayuran seperti salad sebelum menikmati juadah sinonim pada hari raya seperti lemang dan rendang.

Elak Kafein

Bukan hanya kopi dah teh sahaja malah semua jenis minuman berkarbonat mengandungi kafein. Pengambilan minuman berkafein bersama lemang, rendang dan sebagainya memang memudaratkan usus. Sebaiknya minumlah bersama air suam atau jus buah-buahan.

Untuk lebih baik, ambilah bersama soy lecithin sebelum makan makanan berlemak, ini berfungsi sebagai penyerap lemak yang akan dikeluarkan melalui najis ketika membuang air besar.

Elak Kerepek

Kerepek adalah makanan yang perlu dielak kerana ia mengandungi oksida yang tinggi. Makanan yang bergoreng boleh menyebabkan badan dipenuhi dengan toksin dan sebagai penyelasaiannya disaran mengambil bahan anti oksida seperti vitamin A,C dan E. Jika cari entri ZackJ yang lalu, pasti ada jumpa apa itu Vitamin A, C, E.

Jika suka makan kacang, makanlah kacang parang atau kacang kuda kerana ianya mempunyai kandungan lemak baik atau omega yang tinggi. Cari yang panggang punya, jangan pilih yang goreng.

Elak Makan Protein Bercampur

Janganlah makan protein sekali gus. Sebagai contoh memakan ayam, daging, sotong dan ikan dalam satu masa, ini kerana usus akan menghadamkan protein yang paling ringkas sahaja seperti ikan. So, apa yang jadi dengan protein dari daging, sotong dan ayam itu? Jika tidak dibuang, ianya terus akan menjadi toksin dan akan menyebabkan penyakit migrain dan masalah-masalah lain.

Risiko Makan Banyak

Antara risikonya adalah sembelit. Apabila ini berlaku, masalah buasir akan timbul. Selain itu, usus juga boleh mengalami kecederaan dan sekali gus mengakibatkan sistem penghadaman kacau bilau. Ini memudaratkan ibu mengandung seterusnya bayi dalam kandungan.

Apa yang Perlu

Buanglah air besar sekurang-kurangnya sekali sehari. Selain menikmati makanan yang sedap lagi lazat sehingga menjilat jari, pastikan juga minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari demi kesihatan ibu hamil dan juga anak dalam kandungan.


Ok , semoga dapat maanfaat darinya...

Sumber: MestiMilik