Sakit Perut Ketika Hamil? Tolong Jangan Abaikan!

Tidak kira berapa banyak yang telah anda baca atau bincangkan dengan ibu-ibu lain mengenai kehamilan anda, masih lagi sukar untuk anda  mengetahui samada apa yang anda alami semasa hamil ini adalah normal ataupun tidak. 


Berikut ialah simptom-simptom yang perlu anda risaukan.

1. Sakit pada bahagian tengah perut


Sakit yang teruk atau mencucuk-cucuk pada bahagian tengah atau atas perut, samada disertai dengan loya atau muntah ataupun tidak, boleh membawa beberapa maksud. Anda mungkin mengalami:

  • ketakcernaan yang teruk;
  • jangkitan virus dalam perut;
  • keracunan makanan.


Sekiranya anda kini dalam separuh masa kedua kehamilan, kesakitan ini mungkin juga menandakan pra-eklampsia, iaitu satu masalah serius yang memerlukan rawatan segera. 

2. Sakit pada bahagian bawah perut

Sakit yang teruk di satu sisi atau kedua-dua sisi perut boleh jadi petanda beberapa perkara. Ligamen anda mungkin tertarik dengan kuat atau ia mungkin tanda:

  • kehamilan ektopik;
  • keguguran;
  • kelahiran pramatang;
  • fibroid menyusut dan berdarah.
  • pemisahan plasenta, iaitu di mana sebahagian daripada plasenta (uri) tercerai daripada dinding rahim (uterus) sebelum masanya (plasenta atau uri ialah organ yang terbentuk dalam uterus semasa hamil, dan ia membekalkan nutrien kepada janin dan mengeluarkan bahan buangannya).

3. Demam

Jika anda demam dengan suhu melebihi 37.5 darjah C, tetapi tanpa simptom flu atau selesema, hubungi doktor anda pada hari yang sama.


  • Jika suhu melebihi 39 darjah C, hubungi doktor anda dengan segera. Anda mungkin mengalami jangkitan. Doktor anda akan memberikan anda antibiotik dan menasihatkan anda supaya berehat. Jika suhu anda melebihi 39 darjah C bagi jangka masa yang lama, ia boleh membahayakan bayi dalam kandungan anda. 


4. Penglihatan kabur dan nampak tompok-tompok bersinar

Hubungi doktor anda sekiranya, dalam separuh masa kedua kehamilan anda mengalami:

  • penglihatan berganda;
  • penglihatan kabur;
  • penglihatan malap;
  • ternampak tompok-tompok bersinar;
  • ternampak cahaya terang yang berlangsung lebih daripada dua jam.


Simptom-simptom tersebut boleh jadi tanda-tanda pra-eklampsia. 

5. Tapak tangan dan tapak kaki bengkak

Ramai ibu mengandung akan mengalami bengkak dan sakit sendi kaki semasa kehamilan dan dalam kebanyakan kes, ini tidak perlu dirisaukan. Tetapi, jika simptom ini teruk atau berlaku tiba-tiba dan disertai dengan sakit kepala atau gangguan penglihatan, ia mungkin simptom pra-eklampsia. 

6. Mengalami sakit kepala yang teruk dan tidak hilang-hilang

Jika anda mengalami sakit kepala selama lebih dari dua atau tiga jam, disertai dengan gangguan penglihatan dan bengkak yang berlaku tiba-tiba pada tangan, muka dan mata anda, anda mungkin mengalami pra-eklampsia. 

7. Mengalami pendarahan faraj

Pendarahan ringan (spotting) tanpa kesakitan mungkin tanda normal proses implantasi iaitu apabila embrio melekat pada uterus pada awal kehamilan, ataupun pendarahan penebusan (breakthrough bleeding). Namun anda masih perlu hubungi doktor anda jika anda mengalami pendarahan semasa kehamilan kerana ini boleh jadi menunjukkan komplikasi yang serius:

  • Pendarahan yang berbeza daripada normal haid anda (lebih banyak atau sedikit dan berwarna gelap) disertai kesakitan teruk pada satu sisi abdomen boleh jadi tanda kehamilan ektopik (kehamilan di luar rahim).
  • Pendarahan yang banyak, terutamanya apabila disertai sakit belakang atau abdomen, boleh dikaitkan dengan keguguran atau berpotensi untuk gugur.
  • Dalam peringkat akhir kehamilan, pendarahan menunjukkan plasenta praevia, pemisahan plasenta atau kelahiran pramatang (kelahiran yang bermula sebelum minggu ke-37).


8. Cecair keluar daripada faraj

Keluarnya cecair daripada faraj sebelum minggu ke-37 bermakna membran anda telah pecah awal. Doktor anda pasti mahu anda dimasukkan ke hospital supaya anda boleh mendapatkan rawatan untuk mencegah jangkitan dan membuat persediaan untuk kelahiran pramatang. 

Selepas 37 minggu, anda mungkin sudah hendak bersalin. Hubungi doktor anda untuk berbincang mengenai pilihan anda jika anda masih belum rasa sakit hendak bersalin dalam masa 24 jam. 

9. Tiba-tiba rasa sangat dahaga

Jika anda tiba-tiba dahaga tetapi kurang membuang air kecil, ini mungkin tanda penyahhidratan atau kencing manis kehamilan (diabetes gestasi). Kedua-duanya meningkatkan risiko komplikasi bagi anda dan bayi anda. 

10. Rasa perit semasa membuang air kecil

Sakit atau perit semasa membuang air kecil disertai dengan suhu badan tinggi, menggigil dan sakit belakang mungkin tanda-tanda jangkitan saluran kencing. Jumpalah doktor. Anda akan dirawat dengan antibiotik. 

11. Tak berhenti muntah

Muntah lebih daripada dua atau tiga kali sehari akan menyahhidratkan dan melemahkan anda, walaupun ia tidak membahayakan bayi. Anda perlu hubungi doktor anda jika anda mengalami muntah yang teruk dan berterusan (hiperemesis gravidarum) kerana mungkin anda perlu dimasukkan ke hospital. 

Muntah yang bermula di peringkat akhir kehamilan dan diikuti dengan sakit di bawah tulang rusuk mungkin merupakan tanda praeklampsia. Jika anda muntah diikuti dengan rasa sakit dan demam, ini mungkin menandakan jangkitan. Dalam kedua-dua kes tersebut, hubungi doktor anda. 

12. Rasa pening dan hendak pitam

Ini mungkin tanda yang anda tidak cukup makan pada hari itu tetapi ia juga mungkin bermakna anda mengalami tekanan darah rendah. Ramai wanita rasa pening-pening semasa hamil. Jika anda pitam, hubungi doktor anda selepas anda sedar semula untuk memastikan semuanya dalam keadaan baik. 

13. Pergerakan bayi semakin perlahan

Tiada pergerakan atau pergerakan bayi anda perlahan lebih daripada 24 jam selepas minggu ke-21 mungkin menandakan bayi anda dalam keadaan tertekan. Jika anda sedar bahawa bayi anda kurang bergerak daripada biasa, hubungi doktor anda. Baca lebih lanjut mengenai pergerakan bayi anda, termasuk bila perlu meminta bantuan. 

14. Rasa gatal seluruh badan

Kegatalan yang teruk mungkin menunjukkan masalah berkaitan hati seperti obstetrik kolestasis. Jika anda mengalami obstetrik kolestasis, anda mungkin juga mengalami jaundis, dengan air kencing berwarna gelap dan najis yang pucat. 

Kegatalan semasa hamil adalah normal kerana kulit anda meregang untuk menyesuaikan keadaan dengan bayi anda yang sedang membesar. Walau bagaimanapun, lebih baik jika anda membuat pemeriksaan, terutamanya jika kegatalan itu teruk, lebih-lebih lagi pada waktu malam dan melibatkan tapak kaki dan tangan anda. 

15. Terjatuh dan perut terhentak

Jatuh atau hentakan tidak selalunya membawa bahaya, tetapi hubungi doktor anda pada hari yang sama dan jelaskan apa yang berlaku. Jika anda tergelincir di tangga dan tulang punggung anda tercedera, anda mungkin tidak perlu risau. Bayi anda selamat kerana dilindungi oleh uterus dan cecair amnion. 

Walau bagaimanapun, komplikasi mungkin berlaku dalam sesetengah kes. Jika anda mengalami kontraksi, kebocoran atau sebarang pendarahan, hubungi doktor anda dengan segera atau pergilah ke unit kemalangan dan kecemasan di hospital terdekat. 

16. Rasa "tidak begitu sihat"

Jika anda tidak pasti mengenai sesuatu simptom, tidak rasa seperti biasa atau rasa tidak selesa, yakinlah dengan perasaan anda dan hubungi doktor anda. Jika terdapat masalah, anda akan dirawat dengan segera. Jika tiada masalah, anda akan berasa lega. 

Berbual dan kongsilah kebimbangan anda dengan wanita-wanita lain yang dalam peringkat kehamilan yang sama dengan anda!

Sumber: babycenter.com.my

The Best Maternity Wear Ever!


(Klik gambar untuk paparan terbaik)

Maternity Support Belt in Local Magazine



Solat ketika hamil

Bagi umat Islam, solat itu satu kewajiban yang fardu ke atas setiap penganutnya tidak kira semasa sihat mahupun sakit. 

Di saat proses kehamilan, memang menjadi suatu kebiasaan apabila si ibu yang tengah pregnant akan mengalami sedikit kesukaran bila nak ubah posisi ketika solat. Contohnya, dari posisi duduk nak bangun berdiri atau sebaliknya. 

Dengan menggunakan maternity belt ni, pergerakan menukar posisi akan lebih mudah dan selesa. Ini kerana maternity support belt menyokong pergerakan perut anda agar ia sentiasa berada dalam posisi yang dinginkan. Anda pasti akan merasa perbezaannya setelah menggunakannya.

Semoga aktiviti solat akan bertambah kusyuk!

Maternity Belt kini di Malaysia

Assalamualaikum & Salam sejahtera



Kami telah mula beroperasi seperti biasa dan sedia untuk menerima tempahan ;)

KEBAIKAN MEMAKAI MATERNITY BELT?

✔ Menyokong perut anda ✔ Mengurangan sakit belakang
✔ Mengurangkan sakit bahagian ari-ari ✔ Mengurangkan sakit di bahagian pelvic
✔ Mencegahan pre-term contraction ✔ Memudahkan aktiviti bersolat
✔ Perut rasa lebih ringan ✔ Mengurangkan rasa kerap nak buang air

KELEBIHAN MATERNITY BELT?

✔ Disyorkan oleh pakar-pakar gynaecologist
✔ Pengiktirafan dari FDA, CE, ISO9001:2008
✔ Boleh pakai selepas bersalin (bagi mereka yang kena c-section)

Harga RM150*

Untuk Tempahan

SMS/WHATSAPP ke 013-3292571

Cara Memakai Maternity Belt



  1. Letakkan abdominal support pad pada kedudukan yang menyokong perut anda. Ketatkan ikatan belt sedia ada di sekeliling pinggan mengikut keselesaan anda.
  2. Adjust kedudukan abdominal support pad tu pada kedudukan yang selesa dan jangan terlalu ke bawah kerana ia mungkin akan mengganggu pergerakan peha anda ketika berjalan. 
  3. Pegang kedua belah hujung bahagian back support belt dan lekatkan pada abdominal support pad. Adjust mengikut keselesaan anda.
  4. Untuk lebih secure, pasangkan belt extra dari bahagian hujung back support belt ke sebelah yang lain agar ia meliliti perut anda. Bahagian ini hanya optional namun amat digalakkan untuk dipakai.
  5. Final step. Step yang paling penting untuk mendapatkan keselesaan maximum. Baring dengan keadaan lutut diangkat (bukan angkat kaki ye). Buka ikatan pada back support belt dan ketatkan semula. Melalui posisi ini, maternity suppot belt dapat menyokong dengan lebih optimum bersesuaian dengan tahap keselesaan anda. 

Untuk tempahan, boleh SMS ke 013-3292571.

Harga: RM150* sahaja
Penghantaran: PERCUMA untuk semenanjung Malaysia, RM10 bagi Sabah/Sarawak

Ucapan Selamat Hari Raya



Kami dari pihak Maternity Belt Malaysia ingin mengucapkan

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 

kepada semua umat Islam

Sakit pinggang ketika hamil

Bagi wanita hamil, sakit belakang semasa mengandung bukan perkara yang boleh dipandang remeh. Jika tidak ditangani, masalah ini boleh memberi kesan negatif ke atas gaya kehidupan harian anda. Menurut kajian, masalah yang timbul semasa kehamilan berkemungkinan akan berterusan untuk tempoh yang panjang walaupun selepas bersalin. 

Walaupun perkara ini agak biasa, (anggaran adalah antara 50 dan 80 peratus daripada wanita mengalami sakit belakang semasa mengandung) ianya harus diterima sebagai sebahagian daripada proses tersebut. Untuk membantu menjadikan saat-saat kehamilan anda sebagai suatu pengalaman yang menyenangkan, sakit belakang harus ditangani secepat mungkin dan diuruskan sepanjang kehamilan anda. 

Sakit belakang ketika mengandung yang berlarutan beberapa minggu atau bulan menunjukkan ada kebarangkalian berlakunya postpartum back pain (sakit belakang selepas kelahiran). Oleh kerana itu, wanita hamil digalakkan untuk mendapatkan rawatan sakit belakang yang sesuai semasa mengandung. 

Kajian menunjukkan sakit belakang biasanya berlaku antara bulan ke 5 dan ke 7 kehamilan. Dalam beberapa kes tertentu, sakit di bahagian belakang boleh bermula seawal 8 hingga 12 minggu kehamilan. 

Wanita yang mempunyai sejarah sakit belakang atau memang sedia ada masalah ini mempunyai risiko yang lebih tinggi mendapat sakit belakang dan masalah ini boleh berlaku pada awal kehamilan.

Penggunaan maternity support belt dapat membantu mengurangkan kesakitan yang dialami oleh ibu-ibu hamil. Dapatkan sekarang. Untuk tempahan, boleh SMS ke 013-3292571.

Harga: RM150* sahaja
Penghantaran: PERCUMA bagi semenanjung Malaysia, RM10 bagi Sabah/Sarawak

Kelebihan Maternity Support Belt

Mungkin ramai yang dah tahu pasal maternity belt ni dan mungkin ada juga yang belum pernah dengar pun. Takpe, admin perkenalkan, maternity support belt, produk yang direka khas bagi ibu-ibu yang SEDANG HAMIL dalam membantu meningkatkan KESELESAAN disepanjang proses kehamilan.

Biasala kan, bila dah pregnant, perut makin membesar sesuai dengan perkembangan kandungan. Bila perut makin berat, ia seolah-olah menarik tulang pinggang atau belakang kita ke depan dan ke bawah ikut graviti betul tak?

Time ni lah, kita akan mula rasa sengal-sengal badan dan sakit tulang belakang. Tuhan saje yang tahu pengorbanan seorang  ibu masa mengandung. Dengan terasa kerap nak buang air kecil sebab pundi kecing ditekan oleh kerat kandungan lagi..Tak yah kira la berapa kali nak ke tandas. hehe

Dengan menggunakan maternity belt ni, memang terasa perubahannya. Jom kita tengok antara ciri-ciri, kebaikan dan kelebihan maternity belt ni untuk ibu-ibu mengandung.


CIRI-CIRI MATERNITY BELT

✔ Mempunyai 3 bahagian utama
✔ Mudah dipakai (tak sampai 5 minit pun)
✔ Tekstur yang lembut dan selesa
✔ Elastik untuk kesesuaian saiz perut anda
✔ Mudah dicuci
✔ Ringan
✔ Produk mampu milik

KEBAIKAN MEMAKAI MATERNITY BELT

✔ Menyokong perut anda
✔ Mengurangan sakit belakang
✔ Mengurangkan sakit bahagian ari-ari
✔ Mengurangkan sakit di bahagian pelvic
✔ Mencegahan pre-term contraction
✔ Memudahkan aktiviti bersolat
✔ Perut rasa lebih ringan
✔ Mengurangkan rasa kerap nak buang air

KELEBIHAN MATERNITY BELT

✔ Disyorkan oleh pakar-pakar gynaecologist
✔ Pengiktirafan dari FDA, CE, ISO9001:2008
✔ Boleh pakai selepas bersalin (bagi mereka yang kena c-section)

Maternity support belt ni memang sangat-sangat membantu bagi menyelesaikan masalah-masalah yang biasa dihadapi oleh ibu-ibu mengandung. Tambahan pula, ia tidak menghadkan pergerakan kita khususnya bagi ibu-ibu yang dah biasa aktif. So hargailah saat-saat anda ketika mengandung. Jadikan maternity belt ni sebagai teman sepanjang masa okey!

Harga: RM150*
Untuk tempahan, sms/whatsapp ke 013-3292571

Maternity Support Belt - Ciri-Ciri

Maternity Support Belt memberikan keselesaan pada si ibu dengan ciri-ciri UNIK yang dimiliki seperti berikut:

✔ Pad sokongan abdomen berfungsi menyokong perut anda dari bawah

✔ Tali pinggang boleh laras membolehkan anda untuk “ADJUST” pad sokongan mengikut keselesaan (berikutan perut yang sedang membesar)

✔ Strap bahagian atas perut untuk extra security


Harga: RM150*
Untuk tempahan, sms/whatsapp ke 013-3292571

Maternity Support Belt

Sepanjang tempoh kehamilan, perut akan semakin membesar dan ia seolah-olah menarik seluruh kawasan tulang belakang mengikuti gaya graviti. Maka masalah-masalah yang timbul seperti sakit belakang, kerap buang air kecil, perut terasa berat menjadi suatu perkara biasa bagi ibu-ibu hamil. Bagi menyelesaikan masalah-masalah ini, Maternity Support Belt telah dicipta.

Maternity Belt merupakan produk yang direka khas bagi ibu-ibu yang SEDANG HAMIL dalam membantu meningkatkan keselesaan disepanjang proses kehamilan.

Terdapat beberapa sebab mengapa ibu-ibu hamil/mengandung perlu akan maternity support belt ini. Antaranya sebab utama adalah dari segi KESELESAAN. Maternity support belt mampu memberi keselesaan kepada si ibu dengan menyokong perut yang semakin membesar dan berat, ditambah pula dengan material yang lembut dan berkualiti, ianya sebagai extra support untuk mengoptimumkan keselesaan pemakai. Tambahan pula penggunaan maternity support belt ini juga disyorkan oleh pakar-pakar kebidanan (O&G) agar ibu-ibu hamil memakainya secara beterusan.

Materinity support belt ini berfungsi menahan beban yang berpusat di perut ibu hamil. Penahan ini membantu pinggul dan kawasan bawah pinggul agar tidak terlalu terbeban. Ibu-ibu yang sedang berada di 2nd trimester atau ibu yang hamil kembar, biasanya memerlukan alat ini. Walaubagaimanapun, setiap wanita atau bakal ibu digalakkan memiliki produk ini agar rasa lebih selesa ketika saat-saat mengandung.

Rasa kurang selesa sering dirasakan bermula bulan ke 4 hingga akhir-akhir trimester. Keluhan rasa nyilu dan sakit di belakang akibat beban berat di bahagian perut kadangkala membuatkan pergerakan atau aktiviti menjadi agak terhad. Bagi Ibu-ibu hamil yang aktif, anda boleh menggunakan maternity belt kerana ia boleh disesuaikan mengikut bentuk dan saiz perut.

Biasanya semakin besar kandungan maka tekanan terhadap kawasan punggung ke bawah juga semakin besar dan sebahagian ibu hamil kurang berasa selesa.

Harga: RM150*
Untuk tempahan, sms/whatsapp ke 013-3292571