Sepanjang tempoh kehamilan, perut akan semakin membesar dan ia seolah-olah menarik seluruh kawasan tulang belakang mengikuti gaya graviti. Maka masalah-masalah yang timbul seperti sakit belakang, kerap buang air kecil, perut terasa berat menjadi suatu perkara biasa bagi ibu-ibu hamil. Bagi menyelesaikan masalah-masalah ini, Maternity Support Belt telah dicipta.
Maternity Belt merupakan produk yang direka khas bagi ibu-ibu yang SEDANG HAMIL dalam membantu meningkatkan keselesaan disepanjang proses kehamilan.
Terdapat beberapa sebab mengapa ibu-ibu hamil/mengandung perlu akan maternity support belt ini. Antaranya sebab utama adalah dari segi KESELESAAN. Maternity support belt mampu memberi keselesaan kepada si ibu dengan menyokong perut yang semakin membesar dan berat, ditambah pula dengan material yang lembut dan berkualiti, ianya sebagai extra support untuk mengoptimumkan keselesaan pemakai. Tambahan pula penggunaan maternity support belt ini juga disyorkan oleh pakar-pakar kebidanan (O&G) agar ibu-ibu hamil memakainya secara beterusan.
Materinity support belt ini berfungsi menahan beban yang berpusat di perut ibu hamil. Penahan ini membantu pinggul dan kawasan bawah pinggul agar tidak terlalu terbeban. Ibu-ibu yang sedang berada di 2nd trimester atau ibu yang hamil kembar, biasanya memerlukan alat ini. Walaubagaimanapun, setiap wanita atau bakal ibu digalakkan memiliki produk ini agar rasa lebih selesa ketika saat-saat mengandung.
Rasa kurang selesa sering dirasakan bermula bulan ke 4 hingga akhir-akhir trimester. Keluhan rasa nyilu dan sakit di belakang akibat beban berat di bahagian perut kadangkala membuatkan pergerakan atau aktiviti menjadi agak terhad. Bagi Ibu-ibu hamil yang aktif, anda boleh menggunakan maternity belt kerana ia boleh disesuaikan mengikut bentuk dan saiz perut.
Biasanya semakin besar kandungan maka tekanan terhadap kawasan punggung ke bawah juga semakin besar dan sebahagian ibu hamil kurang berasa selesa.
Untuk tempahan, sms/whatsapp ke 013-3292571
No comments:
Post a Comment